Wednesday, 31 December 2014

Selamat Tinggal Tahun 2014

Hola !! Esok masuk tahun baru 2015 ,yeahhh . Ni mungkin post aku yang terkahir tahun ni . Uwarghhh , Bila sebut tahun baru mesti semua nak ada azam baru kan ? Tapikan aku ada kawan nama dia Azam aku harap Azam takde yang baru dan dia kekal jadi Azam yang selama ni aku kenal . *Ketawa plss* . Eh , Akhyar takde azam baru ? Ye , aku ada azam baru jugak biarpun ada azam baru tapi hati aku masih tetap tunggu azam yang lama , jadi azam aku tu aku kaitkan dengan azam yang aku tunggu tu supaya azam yang aku tunggu jadi milik aku kalau betul dia jodoh aku lah. Penatlah wei mimpi kawin ngn dia je kalau 40 kali mimpi boleh jadi nyata ke ? Ada tak yang rasa aku akan kahwin dengan dia ? Ish , sebut pasal *dia* siapa tu? Kawan uitm aku tahu lah siapa . Ha , sebut pasal kahwin tu pun salah satu azam aku tahun 2015 tapi dah tahu kot azam tu takkan tercapai sebab belum tiba masa yg sesuai lagi kan pastu bukan senang nak cari jodoh ni . Lagipun mak ada pesan kenal dulu hati budi tu masak-masak biar saling faham takdelah kahwin kejap dah cerai . Ni cerita pasal Azam ke Kahwin ? Haha . Apapun , aku harap 2015 ni banyak perkara manis yang terjadi dan dipermudahkan juga dilimpahi rezeki Allah S.W.T yang melimpah ruah hendaknya amin . Apapun pada yg sorang ni saya nak letak satu azam dekat awak supaya pintu hati awak terbuka Amin . *tolonglah aminkan* .Tapi sebelum tu nak pasang azam pastikan benda yang elok lepastu jangan dah berazam tapi tak berusaha sebab aku dah selalu macam tu aku taknak korang ikot okay ?  Haa , Akhir sekali hope Ratio aku kena reject tahun 2015 ni kurang . Alah , harap pintu hati yang sorang ni terbuka je sudahlah sebab penat lah fikir macam mana nak jadi yang Terbaik . Malas lah cerita banyak tunggu lah okay tahun depan . Tapi korng yang tak meluat dah baca post 2014 ni malang kan semua cerita aku ? Adakah 2015 ni gembira ? Saksikan di waktu dan hari yang sama sinetron nya . Jangan lupa *Hashtag* saya untuk awak tu . Oink oink

Tuesday, 23 December 2014

Masyarakat .

Assalammualaikum . Hari ni aku melawat saudara aku yang melahirkan bayi Istimewa di rumahnya dekat kawasan Kluang . Puas berbual tapi aku masih curiga dengan satu topik ni tetang ibu kepada bayi istimewa tu sebab dia ada bercakap "nak senyum dan ketawa salah lepas tu bila nak sedih salah" semua sebab takut disalah anggap jiran-jiran . Salah ke kalau ibu tu gembira ? Dia gembira tak bermakna dia suka anak dia mati takkan anak sakit keluarga kena sedih 24 jam ? Apa dah jadi dengan masyarakat kita ? Bukankah

Masyarakat membawa berkat ?
Tapi kenapa kita tidak bersatu macam Amerika Syarikat ?

Hidup akan sunyi tanpa masyarakat ?
Tapi kenapa engkau cemburu bila dia ramai orang dekat ?

Masyarakat harmoni dan majmuk ?
Tapi kenapa engkau mengeji bila ada mereka yang gemuk ?
 
Masyarakat bersatu padu ?
Tapi kenapa engkau pulaukan dia yang dari daerah budu ?

Mana kategori masyarakat kita ?
Sampah Masyarakat kah kita ?

Kesimpulannya , aku rasa tak rugi apa-apa kalau ada orang senang dari kita asalkn dia tak menyusahkan kita tapi bila kita dah senang tu janganlah lupa mereka yang susah . Jaga keluarga dan saudara sendiri jika ada masalah berbincang . Kita kena faham tak semua orang selera sama dan jangan fikir selera kita tu betul dengan mengabaikan perasaan orang lain tak kira apa bangsa serta agama yang pasti kita serumpun . Oleh itu , janganlah hanya indah berbicara tapi direaliti perangai sebusuk bangkai . Fikir positif , positif lah jadinya . 
 

Saya tunggu awak *tetiba . Hahahah


Sunday, 21 December 2014

Persoalan ku . .

Betul ke tiada ruang langsung untuk saya dekat hati awak ?
Adakah sebab saya gendut dan hati awak tu sempit sesempit tulang awak yang kejung tu ?
Itu semua bukan alasan dan tak berkait dengan lagu asfan - Alasan untuk bahagia langsungkan ?
Tak bahagia sebenarnya letak niat untuk minta awak pergi dari hidup saya , percaya tak ?
Saya stalk awak dari kita belum jadi kawan lagi kan ingat tak dkt bio instagram awak "fck you" kot ?
Awak ada perasan dan awak ada tweet pasal hal tu takkan dah lupa ?
Saya mungkin pelupa sebab banyak makan semut sampai lupa apa yang perlu buat untuk tambat hati awak ?
Nak lupa kan awak ambil masa sikit kot sebab tak sangka pun kita jadi kawan dan mungkin ke akan kawin ?
Kawin tu tak lah kalau tak ada jodoh sebab kita tak tahu pun siapa jodoh kita kan ?
Tapi jodoh boleh ke tak datang sendiri kalau kita tak usaha dan cari ya ?
Memang susah nak cari yang betul-betul terbaik tapi awak yakin ke saya bukan yang terbaik ?
Mungkin betul saya bukan yang terbaik tapi saya selalu cuba nak jadi yang terbaik awak perasan tak ?
Tak perasan takpe sebab saya nak awak nampak dengan mata awak sendiri nanti kalau saya bagi tahu jd cm poyo pulak kan ? 
Banyak persoalan yang tak terjawab lagi dekat kepala otak ni .

Insan merasa gundah terhadap awak kerana indahnya rupa . Awak cantik dan pakej awak lengkap . Jagalah diri baik-baik . Saya tak boleh nak anggap awak kawan sebab hati saya nak lebih dari tu . Kalau awak sayang saya doakan lah yang terbaik untuk saya biar saya sedar yang awak kena ada dengan saya . Hargai diri tu okay . Ingat Mak dan Abah . Cari saya kalau ada masalah sentiasa . 

Thursday, 18 December 2014

1 2 3 .

Satu , terima kasih 
Dua , jaga diri okay
Tiga , lupakan je semua .
  
Apapun aku tak terasa dengan tweet2 kau tu pun . Aku cuma malas nak KAWAN dengan orang yang aku ada HATI sangat -2 lagipun kau BUKAN SUKA aku kan ? Bagi lah aku move on . Semakin selalu dekat aku makin tak boleh move on . Ni semua untuk kebaikan kau jugak dari aku asyik letak harapan je kat kau .

Takpelah . 

Tuesday, 16 December 2014

Kiri atau Kanan ?

Kadang bila dekat twitter aku rasa macam nak cari pasal je dgn crush aku ni tapi bila dia ikot keluar sama aku tengok dia sayup je tak jadi nak cari pasal . Tapi kadang rasa mcm nak menyakat tapi takut nak lebih-lebih nanti hambar pulak kan ? Huhu . Aku rasa macam tak nak kawan je lagi tapi aku malas nak separuh jalan . So , aku amek langkah ada rezeki aku go on takde rezeki rileks je dah dulu tunggu siapa yang datang tapi takkan nak perigi cari timba pulak kan ? Dia tu noty sikit kadang aku stalk dia apa yg mampu je dah mampu buat aku makan hati tapi aku kena lah sabar aku xnak ganggu life dia sebab aku faham apa yg orang nak . Siapa je kan yg suka dikongkong ? Aku pun kadang tak jaga kata-kata aku sampai buat dia terkecil hati . Pastu aku jelous kadang bila dia kena puji , aku nak like pics kt insta dia pun malas bukan sebab dia tak cantik/comel/cute n blablabla tapi aku sakit mata baca komen2 lelaki lain . Hahaha . Tak tahu lah apa yg perlu aku buat ? Bnyk kali cuba move on tapi tak boleh . Apapun doa tu jgn putus , hope aku mintak mak doakan dia buat betul . Klaa , nanti aku cari pasal ngn crush aku aku tulis lagi okay . Chawww

Monday, 8 December 2014

Alahai . .

Ala :( haiii 

Semakin naik sem semakin banyak dugaannya ,
Tapi dengan yang satu ni masih berduga-dugaan lagi ,
Bila nak bahagia ni ? 
Orang cakap aku kaki perempuan sedangkan perkara sebenar perempuan yang tinggalkan aku . Takkan aku nak tunggu pada yang tak sudikan ?
Aku cuma nak cari someone yg special kalau dapat aku janji takkan sia-siakan peluang yang ada 😂 macam acah-acah pulakkan . Mampus lh nak tahu aku macam mana cakap serupa bikin ke tak try lah dulu . InsyaAllah tak rugi 👆