Friday, 23 January 2015

Redha

Bila aku serious dia cakap aku nonsense baguslah macam tu . Kita kawan je kan ? Jadi tak perlu lah cari aku selalu sebab kawan kau bukan aku seorang dan kawan aku bukan kau sorang . Lepas ni aku dah malas nak lebihkan kau dan aku harap kau tolong cuba jauhkan diri tu dari aku kalau nak aku "
move on". Penatlah tiap kali aku cuba perbaiki diri tiap kali tu lah hati aku kena pijak , ingat aku bodoh ke kalau dapat kau nak permainkan kau ? Tapi lelaki cakap mana ada yang nak percaya sebab belum cuba belum tahu . Aku pun dah malas nak cari awek je memanjang pastu buat aku sakit hati . Sekarang aku cuma mampu tunggu kau dalam diam tiba masa ada jodoh ada lah kalau aku terkejar-kejar sekarang pun kau  bukan jadi milik aku terus . Kau pun cantik tak heran hilang laki macam aku ramai yang nak kau , aku stalk kau 24/7 apa yg kau tweet semua aku baca . Lantak lah nak jadi macam mana pun perempuan tetap akan anggap lelaki semua sama . Tapi tu lah aku berharap sangat dia jadi yang terbaik untuk aku suatu hari nanti taknak lah orang lain .aku memang tak boleh semua ni sebab aku tak boleh anggap kau kawan sebab aku sentiasa anggap kau lebih dari kawan aku . Aku sanggup korban kan waktu aku untuk dia kadang satu masa dia macam tak selesa dengan aku , aku bawa diri aku tunggu kt kereta atau kat mana-mana sebab aku taknak dia rimas apa dia perasan semua tu ? Benda tak seberapa kot tak perasan lah confirm . Aku pun tahu usaha aku tak seberapa sebab aku pun masih belajar duit mak bapak bagi tapi duit yg aku dpt hasil business sparepart motor dekat facebook aku simpan untuk guna time keluar dengan dia walaupun kadang beli benda tak seberapa je lagipun mak n abah nak pergi tunaikan Haji insyaAllah jadi aku taknak habiskan duit dia . Apapun malam ni puas aku mengadu dekat mak pasal dia tak pernah-pernah mengadu benda macam ni dekat mak kalau dia ada kat sini dia boleh nmpk apa yang keluar dari mata aku ni . Aku tak tahu apa lagi nak buat , aku sentiasa berniat baik untuk dia , jadi aku harap dia sudi cuba jadi yg terbaik untuk aku suatu hari nanti . InsyaAllah aku akan bagi segalanya yang terbaik , doa lah selalu . Dah lah harap korang tak kena macam aku . 

Wednesday, 21 January 2015

Boleh tapi jangan sampai rimas .

Kenapa aku jadi lelaki "Protective" ni ? 
Pertama sekali mesti sebab sayang dan risaukan seseorang yang kita sayang tu mana tak risaukan kalau lelaki kacau buah hati kita ? Dah lah ramai lelaki buaya darat dekat luar sana tu . Tak pasal kena permainkan nanti sia-sia je padan muka ! . Seterusnya , paling merisaukan bila buah hati kita tu comel dan cun melecun sampai kita nak bagi dia gembira dengan kawan-kawan pun risau . Bukan sebab apa , sebab takut ada lelaki ayat lebih manis bersemut saya ni bukannya pandai mengayat sah-sah lah awak tak cair pun tapi kalau "pickupline" itu saya power . Tapikan lelaki "protective" ni sebenarnya dia bukan lah nak cemburu buta semata tapi mungkin dia risaukan keselamatan buah hati dia tu kot ? Ye lahh kaum hawa kan lemah lagi-lagi dekat luar tu dah lah ramai gangster yang entah apa-apa tu . Haish , banyak nak tulis tapi malas sebab taknak ada yang "over thinking" dan fikir bukan-bukan pasal kita jadi setakat ni jelah .

Apapun , kita lelaki ni jangan lah terlalu "over protective" takut rimas nanti buah hati kita tu sebab dia pun ada kehidupan dia sendiri cuma kalau benda tu ternyata memudaratkan halang lah dengan cara elok untuk kebaikan dia dan kita kelak . Kadang apa yang kita fikir baik tu tidak sama difikirkan baik juga oleh orang lain . Pada kaum lelaki kat luar tu kalau dah ada buah hati sendiri hargailah dia . Semoga korang tak rasa dan alami apa yang berlaku dekat aku . Aamiin .




Tuesday, 20 January 2015

Berapa apa ?

Sebelum tu ada harapan tak nak jadi yang terbaik untuk awak selamanya ? Hahah
Tak tahu dan tak pernah tahu apa yang ada dekat isi hati orang lain tapi kita boleh agak dengar riak muka dan perangai dia . Boleh percaya ke dengan mengagak je ? Prasangka orang tak semua betul dan jangan jadi geng "suka memandai" mungkin pada dia aku salah . Kalau kita boleh tahu apa perasaan seseorang dengan kita mesti hidup ni bahagia sebab awal-awal kita dah boleh lari dari benda tu semua tapi Allah cipta tu semua untuk menguji kita setakat mana kita mampu tahan . Memang penat dan tak senang nak cari kebahgiaan sebab kita tak tahu apa yang orang lain suka jadinya kita kena usaha cari apa yg orang tu suka kerana apa yang budak-budak sekarang fikir senang dapat senang pergi . Andai kata kita ditakdirkan bertemu dan kita satu kepala mesti dunia ni indah tapi itu semua andai kata saja . Dengan apa yang aku alami ni tak mungkin bahagia yang aku cari ni senang je dapat cuma aku tunggu masa nak bersatu je baru aku habiskan semuanya untuk dia insyaAllah yanh terbaik . Susah nak buktikan dekat orang apa kemampuan kita melainkan benda tu menjadi tapi kalau tak boleh ketika susah tak payah lah nak sibuk datang masa senang kadang fikir penat nak putus asa tapi sebab aku tahu benda tu mungkin kebahgiaan aku terpaksa aku bersabar . Sekarang ni berapa lama aku nak tunggu ? Semoga penantian aku ni tak sia-sia. Amin

Walau hati sedikit pilu hadapi semua dengang riang :')

Thursday, 8 January 2015

Pengor . .

Pengor tu dalam bahasa jawa maksudnya Dungu , bodoh dan bangang  tapi sebenarnya pengor ni nama panjang dia pengorek kebetulan dia jawa tu dipanggil " Pengor " dia juga adalah kawan kepada Bani dan Adnan . Bani ialah suami kepada dua orang anak kepada Nafiqah  isterinya yang cantik dia juga lebih dikenali dengan panggilan nama " Ba " . Seterusnya , Adnan pula ada lah duda tanpa anak yang baru sahaja bercerai dengan jandanya Shabaien dia pula lebih dikenali dengan panggilan " Nan " . Mereka memang sahabat yang baik dan sentiasa bersama dalam melakukan semua perkara dengan penuh keikhlasan dan kerjasama yang tinggi sehingga Pengor , Ba dan Nan berjaya mengwujudkan syarikat perkongsian yang di namakan Pengorbanan . Syarikat pengorbanan yang mereka usaha kan sangat memberi impak besar kepada manusia seluruh dunia untuk mereka  menggapai sesuatu yang diingini tetapi bukan senang dan mudah walaupun kadang terdapat perselisahan faham mereka tetap amalkan prinsip " Jangan Putus Kawan ". Sebagai ikatan perniagaan Syarikat  yang di jaga bawah tiga rakan tersebut lebih juga memiliki dan menumpukan pelaburan yang besar pada Syarikat cinta kerana cinta juga adalah satu perkara yang manusia dan penduduk bumi ini perlukan disambil itu Syarikat Pengorbanan dapat mengaut kuntungan besar dengan melabur di Syarikat Cinta . Bersambung .....

Setelah korang membazir baca cerita ngarut tu korang ada faham apa-apa tak ? Haha

Aku nak cerita pasal pengorbanan ni  sebab kadang pengorbanan yang kita lakukan ni tidak semestinya mendatangkan hasil seandainya itu memang bukan rezeki kita tapi jangan lah kita mengalah dan berhenti separuh jalan seandainya kita tahu dia yang terbaik untuk kita . Untuk cinta pula

Apapun yang terjadi berkorban lah untuk insan yang tersayang terutamanya ibu/bapa kita agar mereka dapat merasakan beruntungnya akan kewujudan kita . Jangan biarkan mereka sedih dengan sifat angkuh dan malas kita  . Untuk seorang insan yang aku sayang ni harap pintu hati dia akan terbuka untuk aku suatu hari nanti . 

Wednesday, 7 January 2015

Epok-epok dan Cinta .

Epok epok tak pernah berharap untuk menjadi karipap tapi dia tak boleh menolak takdirnya kerana keserupaan bentuk dan fizikalnya begitu jugalah dengan kita tak boleh terlepas takdir kalau itu yang tertulis itu lah yang kita dapat tapi takdir kita tak sama sebab kita ada hati dan perasaan kan ? Takkan nak kena jadi karipap . 

Tapi dekat kedai hujung tu sedap lah karipap dia besar dan berbaloi dengan harga dia tapi beli kuih ni pun ibarat satu perjudian kita dah keluarkan duit kalau sedap untung kalau tak sedap rugi lepas itu dia punya jackpout bila dalam kuih tu ada binatang yang tak sepatutnya tapi cinta tidak sebab yang kita kejar tu ada hati kalau semakin kita kejar dia semakin lari boleh dapat ke ? Usaha insyaAllah boleh nak dikaitkan cinta ni ibarat saham semakin banyak kita melabur semakin untung tetapi jika ekonomi jatuh habis segalanya begitulah cinta sekali hati terluka dengan kesilapan kecil musnah segalanya . 

Baru teringat dekat simpang kanan tu kuih karipap makcik tu baik juga muka makcik tu pun cun jom cuba beli mana tahu karipap makcik tu sedap macam muka dia tapi yakin ke makanan boleh sedap sebab rupa penjualnya begitu jugalah cinta jangan disangka rupa yang Kacak dan Cantik tapi hati di dalam ada perkara yang secantik dan sekacak rupanya takut-takut di dalam buruk bagaikan lumpur rendaman kerbau . 

Eh , satu tempat ni lagi sedap pakcik tu karipap dia macam inti tapi aku suka karipap inti kentang sebaliknya mak suka inti sardin dan abah inti daging susahkan macam jenis karipap ni sampai pening nak pilih yang mana sedap macam tu jugalah cinta nampak manusia diluar semuanya sama tetapi hati dan naluri mereka berbeza ada yang baik juga ada yang buruk sebab itulah kita kena kenal hati budi kalau nak kekal lama dan kena dengan selera kita .

Sukarkan mencari cinta ? Sekian cerita karipap a.k.a epok epok dan cinta . **Penulisan secara spontan dan merapu dari hati dan minda yang kronik .

Monday, 5 January 2015

Si pandai sebenarnya si Bodoh .

Dah boleh move on kot rasanya dari buat benda bodoh untuk si pandai . Tak lama lagi blog ni aku padam korang dah boleh pergi blog lama aku semula okay . Apa-apa link ada di IG n twitter nanti aku update . 



























Saya tak boleh move on sebab saya si bodoh . Pintu hati terbuka terima saya nanti walaupun tak sekarang . InsyaAllah , saya akan buat awak tak pernah rasa rugi .