Kenapa aku jadi lelaki "Protective" ni ?

Pertama sekali mesti sebab sayang dan risaukan seseorang yang kita sayang tu mana tak risaukan kalau lelaki kacau buah hati kita ? Dah lah ramai lelaki buaya darat dekat luar sana tu . Tak pasal kena permainkan nanti sia-sia je padan muka ! . Seterusnya , paling merisaukan bila buah hati kita tu comel dan cun melecun sampai kita nak bagi dia gembira dengan kawan-kawan pun risau . Bukan sebab apa , sebab takut ada lelaki ayat lebih manis bersemut saya ni bukannya pandai mengayat sah-sah lah awak tak cair pun tapi kalau "pickupline" itu saya power . Tapikan lelaki "protective" ni sebenarnya dia bukan lah nak cemburu buta semata tapi mungkin dia risaukan keselamatan buah hati dia tu kot ? Ye lahh kaum hawa kan lemah lagi-lagi dekat luar tu dah lah ramai gangster yang entah apa-apa tu . Haish , banyak nak tulis tapi malas sebab taknak ada yang "over thinking" dan fikir bukan-bukan pasal kita jadi setakat ni jelah .
Apapun , kita lelaki ni jangan lah terlalu "over protective" takut rimas nanti buah hati kita tu sebab dia pun ada kehidupan dia sendiri cuma kalau benda tu ternyata memudaratkan halang lah dengan cara elok untuk kebaikan dia dan kita kelak . Kadang apa yang kita fikir baik tu tidak sama difikirkan baik juga oleh orang lain . Pada kaum lelaki kat luar tu kalau dah ada buah hati sendiri hargailah dia . Semoga korang tak rasa dan alami apa yang berlaku dekat aku . Aamiin .
No comments:
Post a Comment