Thursday, 8 January 2015

Pengor . .

Pengor tu dalam bahasa jawa maksudnya Dungu , bodoh dan bangang  tapi sebenarnya pengor ni nama panjang dia pengorek kebetulan dia jawa tu dipanggil " Pengor " dia juga adalah kawan kepada Bani dan Adnan . Bani ialah suami kepada dua orang anak kepada Nafiqah  isterinya yang cantik dia juga lebih dikenali dengan panggilan nama " Ba " . Seterusnya , Adnan pula ada lah duda tanpa anak yang baru sahaja bercerai dengan jandanya Shabaien dia pula lebih dikenali dengan panggilan " Nan " . Mereka memang sahabat yang baik dan sentiasa bersama dalam melakukan semua perkara dengan penuh keikhlasan dan kerjasama yang tinggi sehingga Pengor , Ba dan Nan berjaya mengwujudkan syarikat perkongsian yang di namakan Pengorbanan . Syarikat pengorbanan yang mereka usaha kan sangat memberi impak besar kepada manusia seluruh dunia untuk mereka  menggapai sesuatu yang diingini tetapi bukan senang dan mudah walaupun kadang terdapat perselisahan faham mereka tetap amalkan prinsip " Jangan Putus Kawan ". Sebagai ikatan perniagaan Syarikat  yang di jaga bawah tiga rakan tersebut lebih juga memiliki dan menumpukan pelaburan yang besar pada Syarikat cinta kerana cinta juga adalah satu perkara yang manusia dan penduduk bumi ini perlukan disambil itu Syarikat Pengorbanan dapat mengaut kuntungan besar dengan melabur di Syarikat Cinta . Bersambung .....

Setelah korang membazir baca cerita ngarut tu korang ada faham apa-apa tak ? Haha

Aku nak cerita pasal pengorbanan ni  sebab kadang pengorbanan yang kita lakukan ni tidak semestinya mendatangkan hasil seandainya itu memang bukan rezeki kita tapi jangan lah kita mengalah dan berhenti separuh jalan seandainya kita tahu dia yang terbaik untuk kita . Untuk cinta pula

Apapun yang terjadi berkorban lah untuk insan yang tersayang terutamanya ibu/bapa kita agar mereka dapat merasakan beruntungnya akan kewujudan kita . Jangan biarkan mereka sedih dengan sifat angkuh dan malas kita  . Untuk seorang insan yang aku sayang ni harap pintu hati dia akan terbuka untuk aku suatu hari nanti . 

1 comment: